Thursday, August 4, 2011

Program Mentor Mentee



Program Mentor Mentee telah diadakan semalam bertarikh 4 Ogos 2011. Walaupun agak lewat, namun program ini

dilancarkan untuk memberi pecutan terakhir atau pemberi semangat kepada mentee masing - masing. Semua guru mendapat mentee yang telah ditetapkan dan pertemuan diadakan bermula jam 1.35 sehingga 2.00 petang. Setiap guru mendapat paling ramai 4 orang murid dan diharapkan murid - murid ini dapat mengambil dan menimba ilmu sebaik mungkin daripada mentor masing - masing.

Program Mentor Mentee ini adalah satu program yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan satu suasana harmoni dikalangan komuniti sekolah khususnya antara guru dan murid. Sistem mentor atau sistem penjagaan ini terdiri daripada komponen sistem ibu/bapa angkat dan sistem bimbingan. mentor atau Penjaga bermaksud penasihat yang setia dan jujur yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan yang berguna kepada anak - anak angkatnya yang disebut Mentee.

Matlamat program ini adalah untuk memberi keyakinan yang teguh kepada setiap murid supaya dapat belajar dengan sempurna dalam suasana kekeluargaan dan dapat menggalakkan perkembangan nilai - nilai murni dalam hidup murid - murid ke arah menjana kecemerlangan hidup.

Program ini akan dilaksanakan oleh Mentor masing - masing selama 30 minit dalam seminggu. Setiap perjumpaan mempunyai objektif yang akan dilaksanakan dan pelu dicapai. Melalui perbincangan mentor akan cuba memahami sikap dan tujuan murid - murid serta memahami hala tuju murid dengan jelas. Aspek kelemahan pelajar juga akan cuba dikenalpasti.

sila klik sini untuk melihat gambar selebihnya.

Tuesday, July 26, 2011

karnivalton 24hb Julai 2011

sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.

Pada hari Ahad lepas, perkarangan SKBBP begitu meriah dengan kehadiran murid - murid bersama - sama dengan ibubapa mereka untuk program Karnivalton. Program ini merupakan salah satu kaedah dan peluang bagi warga SKBBP merapatkan perhubungan dengan komuniti luar disamping dapat mencari dana - dana tertentu untuk meningkatkan serta memperbaiki prasarana mahupun akademik murid - murid SKBBP sendiri.

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah dijemput untuk merasmikan program ini hadir tepat jam 8.00 pagi telah disambut meriah oleh warga SKBBP dengan paluan kompang dan juga bunga - bunga manggar. Pagi tersebut juga begitu indah kerana Dato' Rusnah binti Kassim juga telah hadir sama untuk sama - sama memeriahkan lagi majlis tersebut. Dengan diiringi para VVIP yang terdiri daripada guru besar - guru besar kawasan sekitar yang berhampiran dan juga para pendidik SKBBP serta ahli - ahli PIBG, kemeriahan pagi tersebut kelihatan begitu cemerlang sekali.

Pelbagai program telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.30 petang antaranya :

1. Pameran kesihatan
2. Pameran denggi
3. Rakan cop
4. Pertandingan pakaian beragam
5. Pertandingan Kolum 1 Malaysia
6. Pertandingan mewarna
7. Gerai - gerai jualan
8. Tuju lagu

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan juga ahli PIBG serta warga SKBBP kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...