Friday, May 16, 2008

Hari Guru



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru - guru SK Bandar Baru Putera dan guru - guru di seluruh Malaysia. Semoga anda semua dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan menaikkan anak bangsa demi negara tercinta.

Program Hari Guru telah dilaksanakan dengan jayanya di Lobi SK Bandar Baru Putera. Ia bermula seawal 8.00 pagi dimana para guru mengambil tempat masing - masing diatas pentas untuk mendengar perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh En. Nor Din Bin Mohamed Salleh. Setelah itu, guru - guru menyanyikan lagu keramat Hari Guru dan disudahi dengan memotong kek. Murid - murid diberi peluang untuk memberi hadiah kepada guru - guru mereka.

Pelbagai aktiviti diadakan untuk guru antaranya memindahkan guli dengan menggunakan chop stik, puzzle, reka fesyen dari bahan terbuang dan eureka. Permainan tersebut dipertandingkan mengikut rumah sukan masing - masing.

Pada jam 12.30 tengah hari, guru - guru disediakan dengan jamuan makan dan seterusnya menjalankan acara pertukaran hadiah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...