
Hari Profesional sekolah ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 10 Mei 2008 bertempat di makmal komputer sekolah. Semua warga sekolah telah mendengar ceramah dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Hari Profesional telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Hj. Norsani selaku guru besar sekolah ini.
Penceramah yang dijemput pada hari tersebut iaitu Tn. Hj. Md. Saifullah Bin Hj. Mahmud dari PKG Tasek. Beliau telah menyampaikan ceraman pertama yang bertajuk pembestarian sekolah. Diantara topik yang disampaikan berkaitan dengan hala tuju Pembestarian Sekolah dan pembestarian sekolah dalam rancangan ke - 9 (2006 - 2010). Pembestarian sekolah adalah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dalam membantu murid - murid menghadapi era teknologi maklumat. Pembestarian sekolah terdiri daripada School Net, TV Pendidikan PPSMI dan makmal komputer. Bagi mencapai matlamat ini bahagian teknologi pendidikan telah menganjurkan latihan asas, penggunaan dan penyelenggaraan ICT. Selain itu, beliau juga menerangkan penggunaan CDRI dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Ceramah kedua dimulakan pada pukul 10.30 pagi iaitu selepas waktu rehat. Slot kedua ini, beliau memberi pendedahan cara membina soalan interaktif iaitu J Cross (silangkata), J Quiz (aneka soalan), J Close (mengisi tempat kosong), J Macth (membuat padanan) dan J Mix (latihan menyusun ayat). Semua uru cuba membina soalan denganprogram tersebut. Ceramah beliau diakhiri dengan sessi soal jawab.
Hari Profesional peringkat sekolah tamat pada jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment