Monday, July 14, 2008

Bulan Kokurikulum



Program Pelancaran Bulan Kokurikulum telah dilancarkan pada pagi 14 Julai 2008. Program ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Hj. Nursani selaku Guru Besar SKBBP. Program ini dijangka berlansung selama sebulan dan dimulakan dengan program perkhemahan unit beruniform yang akan diadakan pada 18 sehingga 20hb Julai ini. Selain dari perkhemahan, pelbagai lagi aktiviti bakal dijalankan seperti :


1. Mewarna Tahap 1 - 22 Julai 2008
2. Kuiz Umum Permainan - 23 Julai 2008
3. Ceramah Maal Hijrah dan pertandingan Nasyid - 30 Julai 2008
4. Melukis Poster, Explorace, Menghasilkan Buku Cerita, Buku Skrap, Xylophone, Kraftangan, Poster Nilai Murni, Menulis Esei Pendek, Pertandingan Ejaan Jawi - 6 Ogos 2008
5. Congkak, Carom, Dam, Shahiba - 11 Ogos 2008
6. Upacara Penutup - 16 Ogos 2008

Semua guru telah diberikan senarai jawatankuasa dan senarai aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan tersebut. Diharapkan guru - guru dapat memberi kerjasama dengan baik dan segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...