Monday, October 20, 2008

Jamuan Hari Raya dan Ladap


Pada hari ini, terdapat dua program dijalankan. Salah satu daipadanya adalah jamuan Hari Raya di Pra Sekolah. Terima Kasih pada guru Pra Sekolah dan juga ibu bapa yang terlibat dalam memeriahkan majlis ini. Begitu banyak makanan dan terdapat pelbagai jenis kuih muih yang telah disediakan dapat dikongsi bersama - sama dengan semua kakitangan SKBBP. Inilah dikatakan rezeki dari Tuhan. Syukur alhamdulillah.

Seterusnya, pada jam 1.05 minit petang, satu program LADAP yang dianjurkan oleh Unit Perkembangan Staf telah diadakan di Bilik Seri Putra. Tajuk kali ini adalah mengenalpasti masalah emosi dan tingkah laku kanak - kanak yang disampaikan oleh En. Nurul Azwan. Beliau merupakan Guru Kaunseling SKBBP.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...