Friday, August 7, 2009

Bulan kecergasan


5hb Ogos 2009 - Satu program senamrobik telah dijalankan di tempat meletak kenderaan SK Bandar Baru Putera. Program ini diketuai oleh En. Razif. Semua warga SKBBP melibatkan diri dan mula berkumpul di kawasan persekitaran SKBBP pada jam 7.15 pagi.

Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 8.45 pagi. Program ini dijalankan sempena bulan kecergasan yang telah dilancarkan sebelum ini. Pelbagai lagu digunakan dan nampaknya murid - murid SKBBP begitu gembira dan memberi kerjasama yang amat baik dengan program ini.

Diharap dilain kali, program ini dapat diteruskan kerana ia juga merupakan aktiviti yang boleh memberi peluang kepada warga pendidik dan juga anak murid untuk melakukan aktiviti yang agak santai disamping dapat menjaga kesihatan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...