Saturday, January 15, 2011

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA SEKOLAH SK BANDAR BARU PUTERA, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

>> melahirkan insan berilmu dan berkualiti melalui peningkatan usaha memotivasikan murid - murid ke tahap maksima

>> membentuk insan yang berwawasan, berkepimpinan, celik dan beretika mulia

>> menerapkan nilai - nilai penyayang, prihatin dan ketekunan dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang dikalangan guru dan murid

>> merancang dan menyusun atur serta merealisasikan setiap kegiatan dan aktiviti yang dapat meningkatkan potensi individu dan kumpulan yang berkualiti dan berkuantiti.

>> menyebarluaskan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid - murid bagi menyediakan warganegara yang cukup bersedia dalam menghadapi cabaran dan bidang pekerjaan dan kehidupan masa hadapan

>> membina sistem dan prosedur kerja dan kakitangan yang sentiasa dalam keadaan SIAP SEDIA DAN CEMERLANG

>> memupuk semangan kekitaan dan kemesraan dikalangan guru - guru dan kakitangan sekolah, murid - murid serta ibu bapa penjaga demi kepentingan pendidikan anak didik sekolah ini.

>> mengamalkan gaya hidup bersatu padu antara kaum yang menganggotai warga sekolah ini serta membentuk budaya kerja berpasukan yang melibatkan semua kaum dalam pelbagai aktiviti dan kegiatan sekolah.

>> menumpukan usaha untuk memerangi masalah buta huruf dikalangan murid - murid (PENINGKATAN CELIK 3M)

>> memastikan pentadbiran dan mengurusan pejabat adalah SMART
layanan mesra kepada setiap individu atau kumpulan yang memerlukan perkhidmatan dari pihak sekolah memastikan setiap surat atau email dari KPM / JPNP / PPDK Utara atau lain - lain pihak diminit serta diambil tindakan dalam KADAR SEGERA mematuhi segala arahan Pekeliling - pekeliling Pihak Berkuasa Pelajaran mengikut masa yang ditetapkan, memaklumkannya pada guru dan kakitangan atau kepada murid - murid atau kepada ibu bapa / penjaga dengan kadar segera serta membina satu sistem fail yang mudah dikesani apabila diperlukan

>> memastikan kebajikan guru, kakitangan bukan guru serta murid - murid direalisasikan secara adil dan saksama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...