The Malaysian Cohort melibatkan pengumpulan maklumat kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan biospesimen (darah dan air kencing) dari 100,000 penduduk Malaysia untuk mengenalpasti punca penyakit seperti kanser, kencing manis, strok, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.
Projek ini mengalu - alukan penyertaan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 35 sehingga 65 tahun untuk menyertai projek ini dan ia juga menawarkan pemeriksaan kesihatan berikut secara percuma
- PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH
- UJIAN FUNGSI JANTUNG (EKG)
- UJIAN FUNGSI PARU - PARU
- PEMERIKSAAN DARAH
- ANALISIS KOMPOSISI BADAN
- PENGUKURAN INDEKS JISIM TUBUH, UKURLILIT PINGGANG DAN PINGGUL
Peserta juga diperlukan menjawab soal selidik dan menderma spesimen darah dan air kencing.
"TARIKH DAN TEMPAT akan dimaklumkan melalui TEMUJANJI"
Maklumat lanjut sila layari laman web ini
No comments:
Post a Comment