Salah satu program peningkatan akademik untuk UPSR iaitu program motivasi pelajar tahun 6 bersama dengan pentadbir berjalan dengan lancar selepas perhimpunan pagi tadi. Melalui program ini, murid tahun 6 dapat pelbagai input yang dapat meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri murid - murid itu sendiri.
Dengan cara ini, kehendak sekolah mahupun pentadbir serta pelbagai aktiviti yang hendak dijalankan dapat disampaikan secara terus kepada mereka. Maka setiap murid tahun 6 perlu menyediakan buku catatan khas untuk mencatat segala keperluan dan info - info yang disampaikan. Program ini dijalankan pada hari Jumaat pada minggu ketiga.
Untuk itu, pertemuan kali ini, En. Nor Din memberikan sedikit motivasi buat mereka. Beliau berkehendakan setiap murid tahun 6 mesti mempunyai jadual pembelajaran persendirian di rumah dan menyatakan mereka perlu berdikari sekiranya ingin berjaya.
Beliau juga menyatakan yang murid perlu ingan perkataan DUIT. Dimana duit ini amat berguna dalam kehidupan seharian.
D = DOA
U = USAHA TANGA KEJAYAAN
I = IKHTIAR, selesaikan masalah yang dihadapi
T = TAWAKKAL
Tidak lupa juga pesanan dari Pn. Guru besar,
menyatakan murid - murid tahun 6 perlu berazam untuk meningkatkan pencapaian masing - masing.
Pada hari ini juga, ketika waktu Pend. Islam, satu pertandingan Tilawah Al - Quran ahap 2 telah diadakan di bilik j - Qaf. Juri pertandingan terdiri daripada Pn. Norazlizawati, Pn. Faridah Ghani, Pn. Juliana dan juga En. Abdul Halim. Mereka mengadili bahagian masing - masing iaitu, lontaran suara, kefasihan, tajwid dan tarrannum.
Pertandingan ini diadakan sempena menghayati Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan selama sebulan.
No comments:
Post a Comment