Wednesday, February 9, 2011

Program Mentor Bahasa Inggeris dan Hari pertama Kokurikulum


Guru Bahasa Inggeris SK Bandar Baru Putera telah dilawati oleh seseorang yang memang dinantikan sejak dua minggu yang lepas. Setelah berteka teki selama ini, akhirnya terjawab juga dengan kehadiran beliau iaitu Mr. Jeremy Bishop. Beliau hadir atas program mentor yang akan dijalankan selama setahun, salah satu program untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris oleh Kementerian Pelajaran Malalaysia.

Beliau kelihatan sungguh ramah dan guru - guru SK Bandar Baru Putera terutamanya guru - guru Bahasa Inggeris berasa sungguh selesa dengan kehadiran beliau. Diharapkan dengan program mentor ini, prestasi Bahasa Inggeris akan meningkat dan memperkukuhkan lagi kemahiran guru - guru Bahasa Inggeris serta meningkatkan kemahiran guru - guru lain secara amnya.



Pada petangnya pula, warga SKBBP sibuk dengan hari pertama Kokurikulum. Murid - murid hadir untuk proses pendaftaran ke Unit beruniform, Kelab dan Persatuan juga Permainan. Dimulakan dengan pendaftaran unit beruniform diikuti dengan kelab dan persatuan dan diakhiri dengan permainan. Seperti kebiasaan, aktiviti Kokurikulum akan berjalan setiap Rabu bermula jam 4 petang sehingga 6 petang. Diharap kehadiran pada tahun ini memberansangkan dan setiap aktiviti berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...