
Program Perkhemahan Intensif Ilmu merupakan program khas untuk murid - murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Ia bermula pada hari Isnin 16 Jun dan berakhir pada hari Sabtu 21 Jun 2008. Program ini dimulakan dengan ceramah teknik - teknik menjawab soalan Bahasa Melayu dan diikuti dengan Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Penceramah - penceramah jemputan terdiri daripada :
Bahasa Melayu :
Bahasa Inggeris :
Matematik : Pn. Rohayani Amran dari SKTR
Sains : Pn. Fairul Nazwa dari SKTR
Pada hari Jumaat, program perkhemahan pula dijalankan selama 2 hari 1 malam, bermalam di SK Bandar Baru Putera.
Pelbagai program dijalankan antaranya program motivasi yang diberikan oleh En. Nurul Azwan selaku Guru Kaunseling sekolah ini, program kelas bimbingan matapelajaran BM, Sains, BI dan Matematik oleh Panitia sekolah dan Qiamullail serta kuliah Subuh oleh En. Norzie Abdul Aziz.
Program KILL berakhir jam 4.30 petang.
No comments:
Post a Comment