Friday, June 20, 2008

KEM KPERAK KIDZ hari ke 4

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kami berada di sini. Pada waktu pagi dan petang, guru - guru pengiring akan membantu murid - murid mereka didalam waktu kelas dan guru - guru diberi peluang untuk menyiapkan blog sekolah masing - masing. Setelah selesai waktu kelas mereka, murid - murid akan turun untuk aktiviti riadah petang.
nak tahu lebih lanjut...???

Antara yang murid - murid sekolah dapat pelajari dalam kursus ini adalah seperti berikut :
1. Open office. org (Draw, Calc, Writer)
2. Pengenalan kepada PC
3. Penggunaan intenet dan email
4. persembahan multimedia
Persembahan multimedia agak menarik dan mencabar bagi murid - murid sekolah rendah kerana mereka perlu menyiapkan persembahan multimedia bertemakan syarikat perniagaan dengan menggunakan open office.org dan perlu mempersembahkannya dihadapan murid - murid dan guru - guru sekolah lain. Pelbagai gaya dapat dilihat namun hasil mereka agak memberangsangkan.
Pada waktu malam pula, murid - murid menyertai acara - acara seperti berikut :
1. motivasi
2. komunikasi
3. keyakinan diri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...