Wednesday, February 23, 2011

Perlawanan persahabatan bola sepak dan pertandingan nasyid.



Semalam, pasukan elit bola sepak yang dipimpin oleh En. Zainal Abidin telah ke SK Perpaduan untuk menyertai perlawanan persabahatan dengan 3 buah sekolah iaitu SK Wira Jaya, SK Perpaduan dan SK Rapat Setia.

Diharapkan melalui perlawanan ini, pasukan bola sepak dapat menyesuaikan diri dengan gaya perlawanan pasukan lawan dan mendapat pengalaman yang berguna sebelum menghadapi perlawanan sebenar kelak.

Tahniah kepada guru - guru yang memberi kerjasama yang amat tinggi kepada pasukan sekolah kerana sama - sama duduk di tepi padang memberikan sokongan dan bantuan yang padu kepada mereka.

http://www.facebook.com/album.php?aid=25161&id=100001740675741&l=cd482c7fd2


23 Februari 2011

Pada hari ini pula, untuk menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul satu pertandingan Nasyid tahap 2 dijalankan di lobi sekolah. Setiap kelas menghantar wakil masing - masing dan ada antaranya dapat menarik perhatian jurulatih pasukan nasyid untuk menyertai pasukan nasyid sekolah.

Setiap kelas dilatih oleh guru kelas masing - masing. Pelbagai gaya dan kreativiti persembahan dipersembahkan untuk menarik perhatian hakim.

http://www.facebook.com/album.php?aid=25275&id=100001740675741&l=f530ae2cbd

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...