Thursday, February 24, 2011

Perlawanan dua pasukan elit sekolah


Pasukan hoki pada hari ini berpeluang untuk berentap dengan SK Tambun di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh. En. Nasir selaku jurulatih pasukan begitu bersemangat untuk mendedahkan pengalaman bermain dalam situasi perlawanan agar pasukan hoki akan benar - benar bersedia pada hari perlawanan sebenar kelak.

Kali ini, pasukan hoki kelihatan lebih berkeyakinan dan memperoleh 5 jaringan gol manakala pasukan SK Tambun tidak dapat menembusi gol SKBBP.

Sila klik sini untuk melihat gambar

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Bola jaring SKBBP kerana berjaya menewaskan SK Tasek Dermawan dengan 8 jaringan berbalas 2. Perlawanan persahabatan ini diadakan di padang SMK Bandar Baru Putera. Syabas buat pasukan sekolah terutamanya pada dua orang jurulatih elit iaitu Pn. Maswati dan Pn. Masziah. Semoga pengalaman ini akan digunakan sebaik - baiknya untuk menghadapi perlawanan sebenar pada 28hb Febuari nanti.

Sila klik sini untuk melihat gambar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...