Sunday, February 27, 2011

Program muafakat Bestari

Pada 26hb Februari yang lepas, di Lobi SKBBP diadakan program Muafakat Bestari ke arah Kecemerlangan UPSR 2011 yang merupakan kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG yang diketuai oleh En. Kamaruddin Bin Mohamad. Namun demikian, En. Mohd Sahid bin Abdul Hamid yang mengantikan beliau pada hari tersebut.

Program yang bermula jam 8.00 pagi ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah untuk murid - murid tahun 6 yang diadakan di dewan tahun 6 manakala ceramah untuk ibu bapa di lobi.

Antara objektif program ini adalah :

a. murid - murid dapat menyemai tabiat belajar dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
b. dapat meningkatkan tahap kecemerlangan murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR
c. menyampaikan kepada ibu bapa murid tentang program - program kecemerlangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.
d. mengeratkan hubungan ibubapa dan pihak sekolah.
e. melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab bersama guru, ibubapa dan murid demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Kehadiran ibubapa diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mat Jaafar bin Hj. Mat Zain, yang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Latihan dan kemajuan Staf JPN. Ceramah yang disampaikan penuh ceria dan ibubapa kelihatan tidak kering gusi mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

Manakala pelajar tahun 6 pula diberi kesedaran dengan beberapa tayangan video, lagu dan ceramah yang berkualiti, disampaikan oleh Tn. Hj. Shahruddin b. Hj. Isa, ketika ini berkhidmat sebagai Penyelia HEM PPD Kinta Utara.

Setelah itu, ibubapa dan murid - murid berhenti rehat untuk makan sebelum didedahkan pula dengan "REALITI UPSR". Slot ini disampaikan sendiri oleh Pn. Naimah selaku GB sekolah dan En. Nor Din yang merupakan PK 1 SKBBP. Ibubapa juga didedahkan dengan pendedahan format mengikut UPSR bagi setiap matapelajaran teras yang disampaikan oleh guru matapelajaran masing - masing.

Diharapkan melalui program ini, ibubapa dan pihak sekolah dapat sama - sama bergabung tenaga dan memainkan peranan masing - masing untuk meningkatkan pembangunan diri anak - anak murid SKBBP.

sila klik sini untuk gambar selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...