Monday, February 28, 2011

Perlawanan Bola Jaring peringkat zon


Hari ini di SK Tasek Damai, perlawanan Bola jaring peringkat zon A MSSD Kinta Utara bawah 12 tahun berlansung seawal jam 8 pagi. SK Bandar Baru Putera juga menghantar pasukan terbaik sekolah untuk menyertai perlawanan tersebut.

Pasukan bola jaring bermula dengan cemerlang apabila dapat menewaskan SK Sri Klebang dengan 4 berbalas 2 dan seterusnya seri dengan SK Pakatan Jaya 2 - 2. SK Bandar Baru Putera muncul sebagai juara kumpulan D dan layak untuk ke suku akhir.

Namun demikian, pasukan sekolah tewas tipis dengan johan kumpulan B iaitu SK Marian Convent dengan hanya 4 - 3.

Tahniah SKBBP kerana walaupun tewas tapi tewas dengan bergaya kerana mempamerkan permainan yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...