Thursday, February 24, 2011

Program Penghayatan Maulidur Rasul


Lobi SK Bandar Baru Putera pada hari ini kelihatan cukup tenang dengan bacaan salawat nabi oleh warga SKBBP yang diketuai oleh Ustaz Hasbullah. Syukur ke hadirat Ilahi kerana pagi ini, program Penghayatan Maulidur Rasul berjalan dengan lancar dimulakan dengan bacaan ayat - ayat suci Al - Quran yang diperdengarkan oleh adik Amirudin dari tahun 6.

Semua warga SKBBP dari tahun 1 sehingga 6 duduk bersila di lobi untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh ustaz yang merupakan warga SKBBP sendiri iaitu Ustaz Abdul Halim. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim begitu menceriakan pelajar - pelajar SKBBP dan juga guru - guru yang kelihatan sentiasa tertawa dengan celotehnya. Oleh yang demikian, diharapkan segala pengajaran dan infomasi didalam ceramah beliau dapat diikuti dan dipraktikkan oleh seluruh warga SKBBP.

Senarai pemenang pertandingan

1. Pertandingan Tilawah
Johan - Mohd Amiruddin B. Mohamad
Naib Johan - Isma Farzana Bt. Zulhairi
Ketiga - Nor Fatihah Bt. Khairi

2. Pertandingan Hafazan
Johan - Muhd Irfan B. Suria
Naib Johan - Muhd Nur Al - Amin B. Abdullah
Ketiga - Nurul Ain Bt. Mohd Fadzin

3. Pertandingan Bercerita Kisah dalam Al - Quran
Johan - Nurhani Nabila Bt. Zainol
Naib Johan - Nur Zarith Sofea Bt. Ismail Shah
Ketiga - Siti Sarah Bt. Khusairi Rahman

4. Pertandingan Nasyid
Johan - Kumpulan Soutul Firdaus (5D)
Naib Johan - Kumpulan Al - Iman (4Z)

Sila klik sini untuk melihat gambar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...