Wednesday, March 2, 2011

Perlawanan Hoki MSSD lelaki bawah 12 tahun


Perlawanan Hoki MSSD lelaki bawah 12 tahun diadakan selama 3 hari di Stadium Azlan Shah, Ipoh. SK Bandar Baru Putera juga telah mengambil peluang ini untuk menghantar pasukan terbaik hoki ke pertandingan tersebut.

Kali ini, pasukan hoki perlu berhadapan dengan 3 buah sekolah untuk melayakkan diri ke perlawanan suku akhir. Perlawanan pertama SKBBP bermula dengan cemerlang apabila dapat menewaskan pasukan hoki dari SJK(T) Kerajaan dengan jumlah mata 2 - 0.

Namun demikian, perlawanan kedua kecundang dengan sekolah Cator Avenue, Ipoh dengan jumlah mata 2 - 0. Pada petangnya pula, pasukan hoki meneruskan perjuangan ketiganya dengan SK Tasek Damai. Pasukan hoki sekolah tidak menunjukkan sikap berputus asa apabila bermain dengan cemerlang dari awal sehingga ke hujung permainan. Guru - guru SKBBP yang hadir memberi sokongan yang amat padu di tepi padang. Tahniah pada mereka. Namun, pasukan hoki pasrah apabila akhirnya tewas juga dengan mata 1 - 0. Kalah yang amat tipis dan begitu bermaruah apabila pasukan SKBBP menunjukkan mutu permainan yang amat cemerlang.

Sila klik sini untuk melihat gambar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...