Thursday, March 10, 2011

Perlawanan MSSD Bola Sepak bawah 12 tahun




Bermula pada 8 Mac sehingga 10 Mac yang lalu, SKBBP telah menghantar pasukan bola sepak terbaik ke SK Pakatan Jaya untuk menyertai perlawanan MSSD Bola Sepak bawah 12 tahun.

Perlawanan pada 8hb Mac :

SKBBP VS SK LA Salle = tewas 1 - 2
SKBBP VS SK Tasek Damai = tewas 1 - 2

Perlawanan pada 9hb Mac :

SKBBP VS SK Tasek = menang 2 - 0

Perlawanan pada 10hb Mac :

SKBBP VS SK Pakatan Jaya = tewas 0 - 1
SKBBP VS SK Perpaduan = tewas 0 - 1

Pasukan sekolah telah menunjukkan mutu permainan yang baik dan cemerlang pada ketiga - tiga hari perlawanan tersebut. Tahniah buat pemain sekolah dan jurulatih kerana di akhir keputusan SKBBP berjaya menempatkan nama di tempat ke - 4 diantara 12 buah sekolah yang bermain.

Terima kasih diucapkan pada Mantan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Hj. Nursani kerana turut hadir untuk memberi sokongan pada pasukan bola sepak SKBBP.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...