Tuesday, March 8, 2011

Sepak takraw dan pemilihan bola baling

Pada 7 Mac yang lepas, SKBBP telah menyertai pertandingan Sepak Takraw MSSD Bawah 12 tahun yang diadakan di Dewan Serbaguna Manjoi 1. Satu pasukan dihantar dan berjaya sehingga ke suku akhir.

Jadual perlawanan dan mata

tewas dengan SK Methodist : 20 - 22, 21 - 6 dan 22 - 24
menang dengan SK Tanjung Rambutan : 21 - 10 dan 21 - 5
tewas dengan SK Sri Klebang : 20 - 22 dan 12 - 21
menang dengan SKPPH : 21 - 16 dan 21 - 18

suku akhir bertemu dengan SK Hj. Mahmud
tewas 21 - 16 dan 21 - 18

Pasukan sepak takraw sekolah menunjukkan kualiti permainan yang baik walaupun merupakan pasukan baru ditubuhkan. Tahniah diucapkan kerana menyahut seruan untuk menyertai perlawanan. Semoga tahun hadapan lebih cemerlang.

Pada hari yang sama juga, satu pemilihan pemain bola baling untuk ke peringkat daerah telah diadakan di SMK Bercham dan seramai 5 orang murid telah terpilih untuk menyertai pemilihan tersebut. Namun hanya dua yang berjaya melayakkan diri untuk menyertai pasukan daerah. Tahniah kepada adik Isma Farzana dari 6D dan juga adik Hasbullah Leman dari 6I. Tunjukkan prestasi dan mutu permainan yang baik dalam pasukan daerah semoga boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...