Sunday, April 10, 2011

Ceramah dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api

klik pada gambar untuk melihat gambar selebihnya

Isnin - 11 April 2011, warga SK Bandar Baru Putera diserikan dengan kehadiran 2 orang pegawai Bomba yang didatangkan khas dari Ipoh iaitu En. Mohd Saiful dan En. Abdul Rahman. Mereka dijemput untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan penggunaan alat pemadam api dan juga memberi kesedaran serta sedikit info berguna berkaitan dengan bahaya kebakaran.

Bermula seawal jam 10.00 pagi, pelajar - pelajar dan guru - guru diberi banyak informasi berkenaan bahaya kebakaran, bagaimana permulaan kebakaran, pencetus kebakaran, jenis - jenis kebakaran serta pelbagai lagi.

Melalui penerangan yang amat berguna tersebut, diharap warga SKBBP sedar betapa pentingnya kesedaran berkenaan dengan bahaya kebakaran dan dapat memberi kerjasama yang baik dan cemerlang pada warga penyelamat bomba selepas ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...