Thursday, April 21, 2011

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA


20hb April 2011, merupakan hari bersejarah dan istimewa buat warga Ipoh terutama sekali anak - anak terpilih dari SK Bandar Baru Putera kerana dapat melihat Perdana Menteri Malaysia dengan lebih dekat lagi. Ini kerana, pasukan kompang SK Bandar Baru Putera telah dijemput untuk membuat persembahan sambutan ketibaan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Minggu Saham Amanah Malaysia yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh bermula dari 20 sehingga 26hb April.

Melalui penganjuran MSAM ini, dapatlah disalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat Malaysia supaya bijak mengurus kewangan.

Antara yang terlibat adalah seperti Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Mutual berhad, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, Maybank, eTiQa Takaful, Sime Darby, UMW, Perodua, MNRB Holdings berhad, Takaful Ikhlas, Prolintas, Chemical Company of Malaysia Berhad, MIDF, NCB Holdings Berhad, Pernec dan I&P Group.

Diharap melalui pendedahan ini, warga Ipoh terutamanya warga Bandar Baru Putera dapat menggunakan dan mengambil peluang ini untuk meningkatkan kefahaman serta ilmu dalam bidang pelaburan.

TAHNIAH BUAT PASUKAN KOMPANG SK BANDAR BARU PUTERA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...