Thursday, June 30, 2011

Majlis Persaraan Pn. Faridah AT


klik sini untuk melihat gambar selebihnya.

Pada 29hb Jun yang lepas iaitu pada hari Rabu, berlangsungnya satu majlis persaraan guru sekolah yang amat disayangi. Beliau adalah Pn. Faridah Ahmad Tajuddin. Majlis yang diadakan bermula jam 10.30 pagi itu agak meriah walaupun dalam riak wajah guru - guru SKBBP tersembunyi kesedihan kerana majlis ini merupakan majlis terakhir untuk Pn. Faridah di sekolah ini.

Beliau mula berkhidmat di sekolah ini seawal sekolah ini dibuka iaitu pada tahun 2002. Pn. Faridah merupakan antara guru perintis sekolah ini maka pemergian beliau amatlah dirasai. Ketiadaan beliau juga amat dirasai oleh murid - murid tahap 1 kerana Pn. Faridah merupakan guru yang mengajar matapelajaran Sains yang mengajar murid - murid tahun 1 sehingga tahun 3.

Diharap Pn. Faridah Ahmad Tajuddin meneruskan kehidupannya dengan penuh tenang dan bahagia bersama keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...