Thursday, May 26, 2011

Majlis perasmian karnivalton dan juga penyampaian hadiah sempena hari guru

Sila klik sini untuk melihat gambar selebihnya.

Pada hari Isnin yang lepas, ketika perhimpunan rasmi sekolah satu majlis perasmian Karnivalton telah diadakan. PW1 (B) En. Kamarudin telah dijemput untuk merasmikan majlis ini. Program Karnivalton akan berlangsung selama 2 bulan dan majlis penutupnya akan diadakan pada 24hb Julai 2011. Dijangka pada majlis penutup ini, Y.B. Dato Haji Husni bin Hanadzlah akan hadir menambahkan lagi kemeriahan majlis ini. Untuk perhatian ibubapa dan juga murid - murid serta guru - guru SKBBP, terdapat 3 kutipan duit akan dijalankan disepanjang 2 bulan ini iaitu pada 15 dan 28 Jun serta 18 Julai. Diharap warga SKBBP serta masyarakat luar dapat membantu dalam proses pembangunan dan penambahbaikan SK Bandar Baru Putera.

Sila klik sini untuk melihat gambar selebihnya

Pada hari yang sama juga, majlis penyampaian hadiah sempena hari guru juga telah diadakan. Hadiah telah disampain sendiri oleh Pn. Naimah kepada para pemenang.

Kategori persembahan guru (Persembahan ala 60-an)

Pertama - Kumpulan En. Razhari
Kedua - Kumpulan En. Mohd Azhar
Ketiga - Kumpulan En. Nasir

Kategori khas

Guru paling anggun - Pn. Rabihah
Guru paling macho - En. Nasir
Guru paling sporting (P) - Pn. Naimah
Guru paling sporting (L) - En. Razhari

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...