Thursday, August 4, 2011

Program Mentor Mentee



Program Mentor Mentee telah diadakan semalam bertarikh 4 Ogos 2011. Walaupun agak lewat, namun program ini

dilancarkan untuk memberi pecutan terakhir atau pemberi semangat kepada mentee masing - masing. Semua guru mendapat mentee yang telah ditetapkan dan pertemuan diadakan bermula jam 1.35 sehingga 2.00 petang. Setiap guru mendapat paling ramai 4 orang murid dan diharapkan murid - murid ini dapat mengambil dan menimba ilmu sebaik mungkin daripada mentor masing - masing.

Program Mentor Mentee ini adalah satu program yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan satu suasana harmoni dikalangan komuniti sekolah khususnya antara guru dan murid. Sistem mentor atau sistem penjagaan ini terdiri daripada komponen sistem ibu/bapa angkat dan sistem bimbingan. mentor atau Penjaga bermaksud penasihat yang setia dan jujur yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan yang berguna kepada anak - anak angkatnya yang disebut Mentee.

Matlamat program ini adalah untuk memberi keyakinan yang teguh kepada setiap murid supaya dapat belajar dengan sempurna dalam suasana kekeluargaan dan dapat menggalakkan perkembangan nilai - nilai murni dalam hidup murid - murid ke arah menjana kecemerlangan hidup.

Program ini akan dilaksanakan oleh Mentor masing - masing selama 30 minit dalam seminggu. Setiap perjumpaan mempunyai objektif yang akan dilaksanakan dan pelu dicapai. Melalui perbincangan mentor akan cuba memahami sikap dan tujuan murid - murid serta memahami hala tuju murid dengan jelas. Aspek kelemahan pelajar juga akan cuba dikenalpasti.

sila klik sini untuk melihat gambar selebihnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...