Tuesday, April 26, 2011

Aktiviti terkini dalam minggu MASM dan pencapaian SKBBP




Pada 23hb April yang lepas, pasukan kompang sekolah iaitu Pasukan Gema Aristokrat telah dijemput ke Stadium Indera Mulia untuk memberikan persembahan kompang formasi sempena pertandingan mewarna bersama ALONG. Persembahan bermula selepas pertandingan mewarna selesai diadakan dan sementara menantikan keputusan pemenang, pasukan sekolah telah menunjukkan persembahan terbaik mereka buat tatapan para peserta dan ibu bapa yang telah hadir ke pertandingan tersebut.

Pada hari yang sama juga, SKBBP telah menghantar 1 pasukan untuk ke pertandingan Jawi, Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah rendah peringkat daerah di SK Pakatan Jaya dan 1 pasukan futsal ke Kejohanan Futsal anjuran PIBG SJK(T) Tanjung Rambutan.

Tahniah diucapkan pada adik Norhidayah dan adik Ahmad Syakir Hakimi kerana telah merangkul tempat pertama dalam pertandingan Jawi. Melalui kemenangan ini, SKBBP telah diiktiraf sebagai johan keseluruhan pertandingan MTQ peringkat daerah.

Kejohanan Futsal pula diadakan di Padang Awam Tanjung Rambutan. Sebanyak 16 buah sekolah menyertai kejohanan ini dan tahniah diucapkan pada pasukan futsal sekolah kerana berjaya menempatkan diri di tempat yang ke - 4. Kejohanan ini bermula seawal 7.30 pagi sehingga 2.30 petang.

Keputusan perlawanan SKBBP adalah seperti berikut :

1. bertemu dengan SJK(T) Kpg. Simee - menang 5 - 0
2. bertemu dengan SJK(T) Klebang - menang 3 - 0
3. bertemu dengan SJK(T) Tanjung Rambutan - menang 3 - 0

Pasukan SKBBP muncul sebagai johan kumpulan dan layak ke suku akhir.

1. bertemu dengan SJK(T) Tanjung Rambutan - menang 2 - 0

Separuh akhir

1. bertemu dengan SKTR - seri 0 - 0, kalah penalti, 2 - 1

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...