Wednesday, May 18, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform dan Sambutan Hari Guru kali ke 40

klik sini untuk melihat gambar yang selebihnya.

Bermula 13hb Mei yang lepas, SKBBP telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform yang disertai oleh 5 unit beruniform sekolah iaitu, TKRS, Pengakap, PBSM, Tunas Puteri dan Puteri Islam. Perkhemahan dijalankan selama 3 hari dan 2 malam. Seramai 120 murid teridiri dari murid tahun 4, 5 dan 6 menyertai perkhemahan kali ini.

En. Nasir bertindak sebagai Kem Komandan yang bertugas sepanjang perkhemahan. Tahniah diucapkan kepada guru - guru SKBBP kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dilakukan. Bermula dari pagi 13hb mei tersebut, guru - guru telah mula sibuk menyiapkan makanan malam bagi peserta - peserta yang menyertai perkhemahan.

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran pada jam 3.00 petang dan seterusnya memasang khemah. Pelajar - pelajar didedahkan dengan cara - cara memasang khemah dengan betul. Pada malamnya pula, Pn. Naimah, Guru Besar SKBBP telah dijemput untuk merasmikan program perkhemahan ini dan seterusnya peserta didedahkan dengan aktiviti bantu mula yang diketuai oleh En. Norzie.

Keesokkan paginya, Pn. Normah, Pn. Faridah Bukil dan Pn. Rabihah memulakan hari peserta dengan aktiviti senaman pagi. Pada hari kedua ini, aktiviti perkhemahan agak padat dengan pengisian seperti ikatan, ikhtiar hidup, orientaring dan kawad kaki yang diketuai oleh penceramah yang dijemput khas.

Pada malamnya pula, seperti biasa aktiviti malam kebudayaan diadakan di lobi sekolah dan diketuai oleh unit Puteri Islam. Semua unit memberikan persembahan yang amat baik walaupun jangkamasa latihan terlalu singkat. Tahniah pada semua unit beruniform.

Hari ketiga merupakan hari terakhir dan majlis penutup bermula pada jam 10.00 pagi. Para peserta dan ketua perkhemahan dilatih dan didedahkan dengan kaedah yang betul untuk memberi laporan kepada Guru Besar bagi menjalankan majlis penutup.

Tahniah diucapkan pada guru - guru kerana telah bertungkus lumus selama 3 hari untuk menjayakan aktiviti perkhemahan ini.


sila klik sini untuk melihat gambar

Setelah penat dengan aktiviti perkhemahan, guru - guru SKBBP meneruskan pula dengan aktiviti Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16hb Mei yang lepas. Walaupun kepenatan dengan aktiviti perkhemahan, guru - guru tetap bersedia dan memberikan pose serta persembahan yang terbaik pada sambutan hari guru kali ke 40 ini. GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA merupakan tema hari guru kali ini.

Bermula seawal 10.00 pagi, program Hari Guru dimulakan dengan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah JPN Perak. Seperti setiap tahun, lagu hari Guru dan lagu tema dinyanyikan dengan penuh semangat oleh guru - guru. Kali ini, bacaan ikrar diketuai oleh Guru cemerlang SKBBP iaitu En. Nasir.

Guru - guru SKBBP telah menunjukkan sikap yang amat "sporting" dengan memberikan persembahan yang amat cemerlang dan menggelikan hati. Guru - guru telah diagihkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan perlu memberikan persembahan mengikut tema yang diberikan iaitu tema 60-an.

SEKALI LAGI TAHNIAH DIUCAPKAN PADA GURU - GURU SKBBP KERANA BEGITU 'SPORTING' PADA HARI GURU INI. ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...